ulat bulu gatal kaki

MANUSIA DILAHIRKAN DENGAN SATU KELEMAHAN DAN SATU KELEBIHAN

KELEMAHAN

manusia melakukan sesuatu perkara dan perancangan yang mampu membawa kepada kegagalan...

KELEBIHAN

manusia mampu melakukan pengubahsuaian terhadap setiap kegagalan untuk menjadikannya sebuah kejayaan..

Wednesday, March 28, 2012

bila maut sudah menjelama

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat seharian bekerja sebagai seorang setiausaha sebuah syarikat harta tanah terkemuka di negeri Kelantan.

Sememangnya aku amat menyukai kerjaku disana, walaubagaimanapun, hidupku diselubungi dengan dosa. Berhadapan dengan rasuah dan maksiat.

Sebagai manusia biasa, aku sememangnya menyedari tentang kepentingan wang dalam kehidupan seorang manusia di dunia yang sedang mengalami kemodenan yang merelakan manusia untuk melakuka kejahilan demi semata-mata kerana wang ringgit.

Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat seperti selalu. Sementara anak2 dan isteri sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin yang menghembus tepat di muka ku. mendingini setiap kedut di wajahku.

Aku teringat kembali kejadian bulan lepas yang menjadi salah satu daripada titik tolak kejayaan yang aku kecapi dan nikmati pada hari ini.

Aku telah menerima sebuah tender harta tanah untuk diusahakan oleh seorang ahli koprat yang terkemuka di Malaysia. Walaubagaimanapun, agak sukar untuk aku meluluskan projek itu kerana ia membabitkan tanah yang menempatkan tapak masjid dan sebuah rumah kebajikan kecil anak-anak yatim negeri. Memandangkan aku berhadapan dengan klien yang bergelar jutawan, beliau sanggup menghulurkan seberapa banyak wang sogokan supaya aku menandatangani surat kelulusan projek pembinaan wisma syarikat beliau di atas tanah masjid itu.

Sememangnya aku seorang yang lalai dalam kehidupanku sebagai umat islam. Tiada siapa harus aku persalahkan melainkan diriku sendiri.

Walaupun aku dibesarkan di dalam sebuah keluarga Islam yang sempurna, tetapi kehidupan dunia telah menuntnku ke arah duniawi yang lebih membahagiakan.

Aku menerima sogokan bernilai tiga puluh ribu ringgit daripada usahawan tadi kerana bagiku kebahagian rumah tanggaku bergantung kepada pendapatanku sebagai seorang suami dan bapa kepada 2 orang anakku.

Itu bukanlah kali pertama aku melakukan hal yang demikian. sebelum ini aku pernah menerima sogoka dariada seorang menteri untuk meluluskan projek pembinaan jambatan di sebuah kawasan kejiranan masyarakat cina.

Namun, aku langsung tidak pernah sesekali menyesal dengan setiap perbuatanku. bagiku aku berhak dibayar lebih daripada gajiku sekarang memandangkan aku seorang yang setiap kepada syarikat.

setelah mendapatkan wang tersebut, aku terus berjoli. menggunakan wang tersebut sebaik-baiknya ke arah maksiat. arak dan judi bukan lagi larangan bagiku. peracuran dan persundalan merupakan kebahagian nafsuku.

kebijaksanaan aku dalam mengatur strategi menyebakan belangku sentiasa tersembunyi oleh isteri, bos malah pihak berkuasa.

Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mataku.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu.

Sebelum sempat bertanya. siapa dia, tiba2 aku merasa dada ku sesak, kebah dan sukar untuk bernafas.

Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.

Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku.. terus berjalan.. ke kerongkongku…

sakitnya perasanku pada masa itu tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. ianya lebih perit daripada kesakitan yang dirasakan oleh manusia tatkala kulit mereka disiat hidup-hidup.

Keluar air mataku menahan rasa sakitnya…

Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku..

sejenak aku teringat akan tuhanku. Sudah terlupa bagi diriku apakah ucapan, bacaan dan doa bagi orang yang berada dalam kesusahan.

Aku berteriak memanggil isteri dan anak-anakku, tetapi suaraku tidak terasa sepeti keluar dengan sempurana dari kerongkongku. Tersekat dan tersedu, ibarat dicurahkan api yang marak menyala seperti yang digunakan untuk medidihkan besi.

Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku… kkhh… khhhh.. kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit. Seolah tak mampu aku menahannya…

Badanku gementar… peluh keringat meluncur deras. Mataku terbelalak. Air mataku seolah tak berhenti dan membasahkan seluruh mukaku. Tangan dan kakiku kejang-kejang sedetik setelah benda itu meninggalkan aku.

Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu, pergi, berlalu begitu saja. Hilang dari pandangan.

Namun setelah itu… aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah… tidak seperti biasanya.

Aku heran…

isteri dan anak-anakku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku..

Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi.

Badannya dingin dan kulitnya membiru.

Siapa dia ?

Mengapa anak-anak dan isteriku memeluknya sambil menangis.

Mereka menjerit histeria terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi.

Siapa dia ?

Sedikitpun hatiku tidak menyadari apakah sebenarnya yang sedang berlaku. Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan.

Dia… dia… dia mirip dengan aku….

ada apa ini Tuhan???

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu…..

Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya.

Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak….. tapi mereka seolah tak mendengarkan aku.

Seolah mereka tak melihatku…

Dan mereka terus-menerus menangis….

aku sedar..

aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku.

Aku telah mati… aku telah mati.

astaghfirullah halazim...

terhenbur kata-kata suci daripada mulut kotorku yang sudah lama lupakan tuhan.

Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis… berteriak… Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. belum pernah kuajari anak elakiku cara sembahyang dan anak perempuanku cara berwuduk. aku sendiri mngkin telah lupa bagaiman untuk sembahyang.

Tapi waktuku telah habis…

masaku telah terlewat…

aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.

Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya.

Aku mati dalam keadaan belum solat.

Oh Tuhan, JIKA Kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca bicara hati ini sungguh aku amat sangat bahagia.

Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

No comments:

Post a Comment