ulat bulu gatal kaki

MANUSIA DILAHIRKAN DENGAN SATU KELEMAHAN DAN SATU KELEBIHAN

KELEMAHAN

manusia melakukan sesuatu perkara dan perancangan yang mampu membawa kepada kegagalan...

KELEBIHAN

manusia mampu melakukan pengubahsuaian terhadap setiap kegagalan untuk menjadikannya sebuah kejayaan..

Saturday, April 7, 2012

penzina dibelit ular

Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan….

Berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu,” beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai.

Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya.

“Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi.

Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram,” tegas beliau dengan nada kesal.

Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya.

“Apa yang boleh saya bantu encik?”

Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka.

Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai.

“Ustaz…macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya.”

“Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular,” beritahu lelaki itu ringkas.

Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan “penyakit” aneh yang dihadapi oleh pasangan itu.

“Awak pernah pukul ular ke?”

Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.

Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi.

“Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya. Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir,” kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya.

Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya.

”Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita,” pujuk Ustaz Abdullah lagi.

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah.

“Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular,” akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah.

Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya.

Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang. Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama.

Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap.

“Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan.

Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu,” nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan.

Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula.

Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian. Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram.

“Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri,” cerita lelaki itu dengan perasaan kesal.

Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka.

“Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya,” beritahunya tanpa segan silu lagi.

Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu.

Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu.

“Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.

“Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital.

Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat “projek,” cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk.

Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu.

Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk.

Akibat “badi” itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular. Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina.

Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu.

“Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina,” nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin.

Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.

Saturday, March 31, 2012

bahtera nabi nuh dan keangkuhan umatnya

Berlalulah beberapa tahun dari kematian Nabi Adam. Banyak hal berubah di muka bumi. Dan bertepatan dengan fitrah manusia itu sendiri, terjadilah kealpaan terhadap wasiat Nabi Adam. Kesalahan yang dahulu kembali berulang. Seperti mana tika Nabi Adam dan Hawa melupakan ketetapan tuhan untuk menjauhi pohon didalam syurga, seperti itulah manusia melupakan ajaran ilahi yang dilangsungkan dimuka bumi selepas turun dari syurga.

Sebelum lahirnya kaum Nabi Nuh, telah hidup lima orang saleh dari datuk-datuk kaum Nabi Nuh. Mereka hidup selama beberapa zaman kemudian mereka mati. Nama-nama mereka adalah Wadd, Suwa’, Yaghuts, Ya’uq dan Nasr.

Dan mereka berkata:

"Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwaa', yaghuts, ya'uq dan nasr". ~ Surah Nuh ayat 23"

Setelah kematian mereka, orang-orang membuat patung-patung dari mereka, dalam rangka menghormati mereka dan sebagai peringatan terhadap mereka. Kemudian berlalulah waktu, lalu orang-orang yang memahat patung itu mati. Lalu datanglah anak-anak mereka, kemudian anak-anak itu mati, dan datanglah cucu- cucu mereka. Kemudian timbullah berbagai dongeng dan khurafat yang membelenggu akal manusia di mana disebutkan bahawa patung-patung itu memiliki kekuatan khusus.

Dalam situasi seperti ini, Allah SWT mengutus Nuh a.s untuk membawa ajaran ilahi kepada kaumnya. Nabi Nuh adalah seorang hamba yang akalnya tidak terpengaruh oleh keadaan sekeliling, yang menyembah selain Allah SWT. Allah SWT memilih hamba-Nya Nuh dan mengutusnya di tengah-tengah kaumnya.

DAKWAH NABI NUH KEPADA KAUMNYA

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, lalu ia berkata:
"Hai kaumku, sembahlah oleh kamu Allah, (karena) sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain Dia. Maka mengapa kamu tidak bertakwa (kepada-Nya)?"
Surah Al-Mu'minun ayat 23"

Nabi Nuh a.s menjelaskan kepada kaumnya bahawa mustahil terdapat selain Allah Yang Maha Esa sebagai Pencipta. Ia memberikan pengertian kepada mereka, bahawa dunia telah lama menipu mereka dan telah tiba waktunya untuk menghentikan tipuan ini. Nuh menyampaikan kepada mereka, bahawa Allah SWT telah memuliakan manusia: Dia telah menciptakan mereka, memberi mereka rezeki, dan menganugerahi akal dan tubuh yang sihat kepada mereka. Manusia mendengarkan dakwahnya dengan penuh minat. Dakwah Nabi Nuh cukup menggoncangkan jiwa mereka.

Nabi Nuh menarik perhatian kaumnya agar melihat alam semesta yang diciptakan oleh Allah berupa langit dengan matahari, bulan dan bintang-bintang yang menghiasinya, bumi dengan kekayaan yang ada di atas dan di bawahnya, berupa tumbuh-tumbuhan dan air yang mengalir yang memberi kenikmatan hidup kepada manusia, pengantian malam menjadi siang dan sebaliknya yang kesemua itu menjadi bukti dan tanda nyata akan adanya keesaan Tuhan yang harus disembah dan bukan berhala-berhala yang mereka buat dengan tangan mereka sendiri.Di samping itu Nabi Nuh juga memberitakan kepada mereka bahwa akan ada ganjaran yang akan diterima oleh manusia atas segala amalannya di dunia iaitu syurga bagi amalan kebajikan dan neraka bagi segala pelanggaran terhadap perintah agama yang berupa kemungkaran dan kemaksiatan.

Nabi Nuh yang dikurniakan Allah dengan sifat-sifat yang patut dimiliki oleh seorang nabi, fasih dan tegas dalam kata-katanya, bijaksana dan sabar dalam tindak-tanduknya melaksanakan tugas risalahnya kepada kaumnya dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan dengan cara yang lemah lembut mengetuk hati nurani mereka dan kadang kala dengan kata-kata yang tajam dan nada yang kasar bila menghadapi pembesar-pembesar kaumnya yang keras kepala yang enggan menerima hujjah dan dalil-dalil yang dikemukakan kepada mereka yang tidak dapat mereka membantahnya atau mematahkannya.

Akan tetapi walaupun Nabi Nuh telah berusaha sekuat tenaganya berdakwah kepada kaumnya dengan segala kebijaksanaan, kecekapan dan kesabaran dan dalam setiap kesempatan, siang mahupun malam dengan cara berbisik-bisik atau cara terang dan terbuka ternyata hanya sedikit sekali dari kaumnya yang dapat menerima dakwahnya dan mengikuti ajakannya, yang menurut sementara riwayat tidak melebihi bilangan seratus orang. Mereka pun terdiri dari orang-orang yang miskin berkedudukan sosial lemah. Sedangkan orang yang kaya-raya, berkedudukan tinggi dan terpandang dalam masyarakat, yang merupakan pembesar-pembesar dan penguasa-penguasa tetap membangkang, tidak mempercayai Nabi Nuh mengingkari dakwahnya dan sesekali tidak merelakan melepas agamanya dan kepercayaan mereka terhadap berhala-berhala mereka, bahkan mereka berusaha dengan mengadakan persekongkolan hendak melumpuhkan dan menggagalkan usaha dakwah Nabi Nuh.

Berkata mereka kepada Nabi Nuh:

"Bukankah engkau hanya seorang daripada kami dan tidak berbeda daripada kami sebagai manusia biasa. Jikalau betul Allah akan mengutuskan seorang rasul yang membawa perintah-Nya, nescaya Ia akan mengutuskan seorang malaikat yang patut kami dengarkan kata-katanya dan kami ikuti ajakannya dan bukan manusia biasa seperti engkau hanya dapat diikuti orang-orang rendah kedudukan sosialnya seperti para buruh petani orang-orang yang tidak berpenghasilan yang bagi kami mereka seperti sampah masyarakat.Pengikut-pengikutmu itu adalah orang-orang yang tidak mempunyai daya fikiran dan ketajaman otak, mereka mengikutimu secara buta tuli tanpa memikirkan dan menimbangkan masak-masak benar atau tidaknya dakwah dan ajakanmu itu. Cuba agama yang engkau bawa dan ajaran -ajaran yang engkau sadurkan kepada kami itu betul-betul benar, nescaya kamilah dulu mengikutimu dan bukannya orang-orang yang mengemis pengikut-pengikutmu itu. kami sebagai pemuka-pemuka masyarakat yang pandai berfikir, memiliki kecerdasan otak dan pandangan yang luas dan yang dipandang masyarakat sebagai pemimpin-pemimpinnya, tidaklah mudah kami menerima ajakanmu dan dakwahmu.Engkau tidak mempunyai kelebihan di atas kami tentang soa-soal kemasyarakatan dan pergaulan hidup.kami jauh lebih pandai dan lebih mengetahui daripada mu tentang hal itu semuanya. Anggapan kami terhadapmu, tidak lain dan tidak bukan, bahawa engkau adalah pendusta belaka."

Nuh berkata, menjawab ejekan dan olok-olokan kaumnya:

"Adakah engkau mengira bahwa aku dapat memaksa kamu mengikuti ajaranku atau mengira bahwa aku mempunyai kekuasaan untuk menjadikan kamu orang-orang yang beriman jika kamu tetap menolak ajakan ku dan tetap membuta-tuli terhadap bukti-bukti kebenaran dakwahku dan tetap mempertahankan pendirianmu yang tersesat yang diilhamkan oleh kesombongan dan kecongkakan karena kedudukan dan harta-benda yang kamu miliki.Aku hanya seorang manusia yang mendapat amanah dan diberi tugas oleh Allah untuk menyampaikan risalah-Nya kepada kamu. Jika kamu tetap berkeras kepala dan tidak mahu kembali ke jalan yang benar dan menerima agama Allah yang diutuskan-Nya kepada ku maka terserahlah kepada Allah untuk menentukan hukuman-Nya dan ganjaran-Nya keatas diri kamu. Aku hanya pesuruh dan rasul-Nya yang diperintahkan untuk menyampaikan amanah-Nya kepada hamba-hamba-Nya. Dialah yang berkuasa memberi hidayah kepadamu dan mengampuni dosamu atau menurunkan azab dan seksaan-Nya di atas kamu sekalian jika Ia kehendaki.Dialah pula yang berkuasa menurunkan seksa dan azab-nya di dunia atau menangguhkannya sampai hari kemudian. Dialah Tuhan pencipta alam semesta ini, Maha Kuasa ,Maha Mengetahui, maha pengasih dan Maha Penyayang.".

Kaum Nuh mengemukakan syarat dengan berkata:

"Wahai Nuh! Jika engkau menghendaki kami mengikutimu dan memberi sokongan dan semangat kepada kamu dan kepada agama yang engkau bawa, maka jauhkanlah para pengikutmu yang terdiri dari orang-orang petani, buruh dan hamba-hamba sahaya itu. Usirlah mereka dari pengaulanmu karena kami tidak dapat bergaul dengan mereka duduk berdampingan dengan mereka mengikut cara hidup mereka dan bergabung dengan mereka dalam suatu agama dan kepercayaan. Dan bagaimana kami dapat menerima satu agama yang menyamaratakan para bangsawan dengan orang awam, penguasa dan pembesar dengan buruh-buruhnya dan orang kaya yang berkedudukan dengan orang yang miskin dan papa."

Nabi Nuh menolak pensyaratan kaumnya dan berkata:

"Risalah dan agama yang aku bawa adalah untuk semua orang tiada pengecualian, yang pandai mahupun yang bodoh, yang kaya mahupun miskin, majikan ataupun buruh ,diantara penguasa dan rakyat biasa semuanya mempunyai kedudukan dan tempat yang sama terhadap agama dan hukum Allah. Andai kata aku memenuhi pensyaratan kamu dan meluluskan keinginanmu menyingkirkan para pengikutku yang setia itu, maka siapakah yang dapat ku harapkan akan meneruskan dakwahku kepada orang ramai dan bagaimana aku sampai hati menjauhkan daripadaku orang-orang yang telah beriman dan menerima dakwahku dengan penuh keyakinan dan keikhlasan di kala kamu menolaknya serta mengingkarinya, orang-orang yang telah membantuku dalam tugasku di kala kamu menghalangi usahaku dan merintangi dakwahku. Dan bagaimanakah aku dapat mempertanggungjawabkan tindakan pengusiranku kepada mereka terhadap Allah bila mereka mengadu bahawa aku telah membalas kesetiaan dan ketaatan mereka dengan sebaliknya semata-mata untuk memenuhi permintaanmu dan tunduk kepada pensyaratanmu yang tidak wajar dan tidak dapat diterima oleh akal dan fikiran yang sihat. Sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang bodoh dan tidak berfikiran sihat.

Pada akhirnya, karena merasa tidak berdaya lagi mengingkari kebenaran kata-kata Nabi Nuh dan merasa kehabisan alasan dan hujjah untuk melanjutkan dialog dengan beliau, maka berkatalah mereka: "Wahai Nabi Nuh! Kita telah banyak bermujadalah dan berdebat dan cukup berdialog serta mendengar dakwahmu yang sudah menjemukan itu. Kami tetap tidak akan mengikutimu dan tidak akan sesekali melepaskan kepercayaan dan adat-istiadat kami sehingga tidak ada gunanya lagi engkau mengulang-ulangi dakwah dan ajakanmu dan bertegang lidah dengan kami. Datangkanlah apa yang engkau benar-benar orang yang menepati janji dan kata-katanya. Kami ingin melihat kebenaran kata-katamu dan ancamanmu dalam kenyataan. Karena kami masih tetap belum mempercayaimu dan tetap meragukan dakwahmu."

NABI NUH BERPUTUS ASA DENGAN KAUMYA.

Nabi Nuh berada di tengah-tengah kaumnya selama sembilan ratus lima puluh tahun berdakwah menyampaikan risalah Tuhan, mengajak mereka meninggalkan penyembahan berhala dan kembali menyembah dan beribadah kepada Allah Yang maha Kuasa memimpin mereka keluar dari jalan yang sesat dan gelap ke jalan yang benar dan terang, mengajar mereka hukum-hukum syariat dan agama yang diwahyukan oleh Allah kepadanya, mengangkat darjat manusia yang tertindas dan lemah ke tingkat yang sesuai dengan fitrah dan qudratnya dan berusaha menghilangkan sifat-sifat sombong dan bongkak yang melekat pada para pembesar kaumnya dan medidik agar mereka berkasih sayang, tolong-menolong diantara sesama manusia. Akan tetapi dalam waktu yang cukup lama itu, Nabi Nuh tidak berhasil menyedarkan dan menarik kaumnya untuk mengikuti dan menerima dakwahnya beriman, bertauhid dan beribadat kepada Allah kecuali sekelompok kecil kaumnya yang tidak mencapai seramai seratus orang, walaupun ia telah melakukan tugasnya dengan segala daya-usahanya dan sekuat tenaganya dengan penuh kesabaran dan kesulitan menghadapi penghinaan, ejekan dan cercaan makian kaumnya, karena ia mengharapkan akan datang masanya di mana kaumnya akan sedar diri dan datang mengakui kebenarannya dan kebenaran dakwahnya. Harapan Nabi Nuh akan kesedaran kaumnya ternyata makin hari makin berkurangan dan bahawa sinar iman dan takwa tidak akan menebus ke dalam hati mereka yang telah tertutup rapat oleh ajaran dan bisikan Iblis.

Hal mana Nabi Nuh berupa berfirman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya tidak akan seorang daripada kaumnya mengikutimu dan beriman kecuali mereka yang telah mengikutimu dan beriman lebih dahulu, maka janganlah engkau bersedih hati karena apa yang mereka perbuatkan." Dengan penegasan firman Allah itu, lenyaplah sisa harapan Nabi Nuh dari kaumnya dan habislah kesabarannya. Ia memohon kepada Allah agar menurunkan Azab-Nya di atas kaumnya yang berkepala batu seraya berseru:"Ya Allah! Janganlah Engkau biarkan seorang pun daripada orang-orang kafir itu hidup dan tinggal di atas bumi ini. Mareka akan berusaha menyesatkan hamba-hamba-Mu, jika Engkau biarkan mereka tinggal dan mereka tidak akan melahirkan dan menurunkan selain anak-anak yang berbuat maksiat dan anak-anak yang kafir spt mereka."

Doa Nabi Nuh dikalbulkan oleh Allah dan permohonannya diluluskan dan tidak perlu lagi menghiraukan dan mempersoalkan kaumnya, karena mereka itu akan menerima hukuman Allah dengan mati tenggelam.

NABI NUH MEMBUAT KAPAL

Setelah menerima perintah Allah untuk membuat sebuah kapal, segeralah Nabi Nuh mengumpulkan para pengikutnya dan mulai mereka mengumpulkan bahan yang diperlukan untuk maksud tersebut, kemudian dengan mengambil tempat di luar dan agak jauh dari kota dan keramaiannya mereka dengan rajin dan tekun bekerja siang dan malam menyelesaikan pembinaan kapal yang diperintahkan itu. Walaupun Nabi Nuh telah menjauhi kota dan masyarakatnya, agar dapat bekerja dengan tenang tanpa gangguan bagi menyelesaikan pembinaan kapalnya namun ia tidak luput dari ejekan dan cemuhan kaumnya yang kebetulan atau sengaja melalui tempat kerja membina kapal itu. Mereka mengejek dan mengolok-olok dengan mengatakan:

"Wahai Nuh! Sejak bila engkau telah menjadi tukang kayu dan pembuat kapal?Bukankah engkau seorang nabi dan rasul menurut pengakuanmu, kenapa sekarang menjadi seorang tukang kayu dan pembuat kapal.Dan kapal yang engkau buat itu di tempat yang jauh dari air ini adalah maksudmu untuk ditarik oleh kerbau ataukah mengharapkan angin yang akan menarik kapalmu ke laut?"

Dan lain-lain kata ejekan yang diterima oleh Nabi Nuh dengan sikap dingin dan tersenyum seraya menjawab:

"Baiklah tunggu saja saatnya nanti, jika kamu sekarang mengejek dan mengolok-olok kami maka akan tibalah masanya kelak bagi kami untuk mengejek kamu dan akan kamu ketahui kelak untuk apa kapal yang kami siapkan ini.Tunggulah saatnya azab dan hukuman Allah menimpa atas diri kamu."

Setelah selesai pekerjaan pembuatan kapal yang merupakan alat pengangkutan laut pertama di dunia, Nabi Nuh menerima wahyu dari Allah:

"Siap-siaplah engkau dengan kapalmu, bila tiba perintah-Ku dan terlihat tanda-tanda daripada-Ku maka segeralah angkut bersamamu di dalam kapalmu dan kerabatmu dan bawalah dua pasang dari setiap jenis makhluk yang ada di atas bumi dan belayarlah dengan izin-Ku."

Kemudian tercurahlah dari langit dan memancur dari bumi air yang deras dan dahsyat yang dalam sekelip mata telah menjadi banjir besar melanda seluruh kota dan desa menggenangi daratan yang rendah mahupun yang tinggi sampai mencapai puncak bukit-bukit sehingga tiada tempat berlindung dari air bah yang dahsyat itu kecuali kapal Nabi Nuh yang telah terisi penuh dengan para orang mukmin dan pasangan makhluk yang diselamatkan oleh Nabi Nuh atas perintah Allah.

Dengan iringan "Bismillahi majraha wa mursaha" belayarlah kapal Nabi Nuh dengan lajunya menyusuri lautan air, menentang angin yang kadang kala lemah lembut dan kadang kala ganas dan ribut. Di kanan kiri kapal terlihatlah orang-orang kafir bergelut melawan gelombang air yang menggunung berusaha menyelamat diri dari cengkaman maut yang sudah sedia menerkam mereka di dalam lipatan gelombang-gelombang itu. Tatkala Nabi Nuh berada di atas geladak kapal memperhatikan cuaca dan melihat-lihat orang-orang kafir dari kaumnya sedang bergelimpangan di atas permukaan air, tiba-tiba terlihatlah olehnya tubuh putera sulungnya yang bernama "Kan'aan" timbul tenggelam dipermainkan oleh gelombang yang tidak menaruh belas kasihan kepada orang-orang yang sedang menerima hukuman Allah itu. Pada saat itu, tanpa disadari, timbullah rasa cinta dan kasih sayang seorang ayah terhadap putera kandungnya yang berada dalam keadaan cemas menghadapi maut ditelan gelombang.

Nabi Nuh secara spontan, terdorong oleh suara hati kecilnya berteriak dengan sekuat suaranya memanggil puteranya:

Wahai anakku! Datanglah kemari dan gabungkan dirimu bersama keluargamu. Bertaubatlah engkau dan berimanlah kepada Allah agar engkau selamat dan terhindar dari bahaya maut yang engkau menjalani hukuman Allah."

Kan'aan, putera Nabi Nuh, yang tersesat dan telah terkena racun rayuan syaitan dan hasutan kaumnya yang sombong dan keras kepala itu menolak dengan keras ajakan dan panggilan ayahnya yang menyayanginya dengan kata-kata yang menentang:

"Biarkanlah aku dan pergilah, jauhilah aku, aku tidak sudi berlindung di atas geladak kapalmu aku akan dapat menyelamatkan diriku sendiri dengan berlindung di atas bukit yang tidak akan dijangkau oleh air bah ini."

Nuh menjawab:

"Percayalah bahawa tempat satu-satunya yang dapat menyelamatkan engkau ialah bergabung dengan kami di atas kapal ini. Masa tidak akan ada yang dapat melepaskan diri dari hukuman Allah yang telah ditimpakan ini kecuali orang-orang yang memperolehi rahmat dan keampunan-Nya."

Setelah Nabi Nuh mengucapkan kata-katanya tenggelamlah Kan'aan disambar gelombang yang ganas dan lenyaplah ia dari pandangan mata ayahnya, tergelincirlah ke bawah lautan air mengikut kawan-kawannya dan pembesar-pembesar kaumnya yang durhaka itu.

Nabi Nuh bersedih hati dan berdukacita atas kematian puteranya dalam keadaan kafir tidak beriman dan belum mengenal Allah. Beliau berkeluh-kesah dan berseru kepada Allah:

"Ya Tuhanku, sesungguhnya puteraku itu adalah darah dagingku dan adalah bahagian dari keluargaku dan sesungguhnya janji-Mu adalah janji benar dan Engkaulah Maha Hakim yang Maha Berkuasa."

Kepadanya Allah berfirman:

"Wahai Nuh! Sesungguhnya dia puteramu itu tidaklah termasuk keluargamu, karena ia telah menyimpang dari ajaranmu, melanggar perintahmu menolak dakwahmu dan mengikuti jejak orang-orang yang kafir daripada kaummu.Coretlah namanya dari daftar keluargamu.Hanya mereka yang telah menerima dakwahmu mengikuti jalan mu dan beriman kepada-Ku dapat engkau masukkan dan golongkan ke dalam barisan keluargamu yang telah Aku janjikan perlindungannya dan terjamin keselamatan jiwanya.Adapun orang-orang yang mengingkari risalah mu, mendustakan dakwahmu dan telah mengikuti hawa nafsunya dan tuntutan Iblis, pastilah mereka akan binasa menjalani hukuman yang telah Aku tentukan walau mereka berada dipuncak gunung. Maka janganlah engkau sesekali menanyakan tentang sesuatu yang engkau belum ketahui. Aku ingatkan janganlah engkau sampai tergolong ke dalam golongan orang-orang yang bodoh."

Nabi Nuh sedar segera setelah menerima teguran dari Allah bahawa cinta kasih sayangnya kepada anaknya telah menjadikan ia lupa akan janji dan ancaman Allah terhadap orang-orang kafir termasuk puteranya sendiri. Ia sedar bahawa ia tersesat pada saat ia memanggil puteranya untuk menyelamatkannya dari bencana banjir yang didorong oleh perasaan naluri darah yang menghubungkannya dengan puteranya padahal sepatutnya cinta dan taat kepada Allah harus mendahului cinta kepada keluarga dan harta-benda. Ia sangat sesalkan kelalaian dan kealpaannya itu dan menghadap kepada Allah memohon ampun dan maghfirahnya dengan berseru:

"Ya Tuhanku aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan yang terlaknat, ampunilah kelalaian dan kealpaanku sehingga aku menanyakan sesuatu yang aku tidak mengetahuinya. Ya Tuhanku bila Engkau tidak memberi ampun dan maghfirah serta menurunkan rahmat bagiku, nescaya aku menjadi orang yang rugi."

Setelah air bah itu mencapai puncak keganasannya dan habis binasalah kaum Nuh yang kafir dan zalim sesuai dengan kehendak dan hukum Allah, surutlah lautan air diserap bumi kemudian bertambatlah kapal Nuh di atas bukit " Judie " dengan iringan perintah Allah kepada Nabi Nuh:

"Turunlah wahai Nuh ke darat engkau dan para mukmin yang menyertaimu dengan selamat dilimpahi barakah dan inayah dari sisi-Ku bagimu dan bagi umat yang menyertaimu."

Friday, March 30, 2012

muhammad saw sinar kebahagian dunia

Sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, dunia berada di dalam kegelapan. dengan pentadbiran yang tidak adil, sahsiah dan akhlak tidak ada dalam masyarakat.
Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w merupakan kelahiran yang ditunggu-tunggu oleh semua makhluk kerana kelahiran ini akan merubah dunia secara total.

Apabila Baginda dilahirkan di dunia, lahirnya ajaran yang memberikan keseimbangan dan keadilah kepada semua umat manusia. politik Islam memainkan peranan yang penting dalam pembentukan umat yang bersatu padu dan membangkitkan zaman kegemilangan Islam.
Islam mencapai tahap kemuncak kegemilangan semasa pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin kerana pemimpin semasa zaman itu memerintah dengan adil dan saksama.
kuasa yang diberika digunakan dengan saksama dan tidak digunakan untuk menindas kaum yang lemah.

Selepas zaman itu, muncullah pemimpin yang dahagakan kekuasaan dan menjatuhkan zaman kegemilangan Islam yang sedia kuat itu. Rasulullah s.a.w bersabda bahawa Islam akan tetap berpusing seperti roda, jadi hendaklah kamu mengikuti putaran roda tersebut (jatuh-bangun) dan tetaplah dengan pegangan kamu (Islam).

Pada masa kini, dunia digemparkan dengan kejatuhan moral dan kemusnahan sosial dalan kalangan masyarakat. Pemimpin-pemimpin Barat telah melakukan berpuluh-puluh konvensyen di seluruh dunia bagi membincangkan masalah kejatuhan sosial manusia ini. Setelah perbincangan dilakukan, kata putus yang disepakati untuk menyelamatkan manusia daripada hancur dimamah gejala sosial adalah kembali kepada agama.

Jadi mereka menyambung diskusi bagi memilih agama yang mana paling sesuai bagi memperbaiki kejatuhan manusia pada masa kini.
Perbincangan demi perbincangan mereka memulakan agama Yahudi sebagai contoh, ditolak. diikuti dengan Hindu, Buddha, Kristian, juga ditolak. Apabila membincangkan tentang agama Islam, mereka mendapati Islam merupakan agama yang paling lengkap di dunia ini kerana Islam merangkumi semua aspek, iaitu sosial, politik, ekonomi, tamadun, adab sesama Islam, adab dengan bukan Islam, cara melayan ciptaan lain di dunia, larangan melakukan kerosakan di muka Bumi. Oleh itu mereka persepakat memilih Islam.

TETAPI mereka tidak dapat menerima Islam kerana mereka berpendapat Islam merupakan agama yang kejam, ganas kerana penuh dengan pengganas, tidak berlaku adil dengan kaum wanita. Jadi mereka menolak Islam. Sayang kerana mereka mengenal Islam melalui musuh-musuh Islam, bukan dengan pemimpin-pemimpin Islam yang sebenar.

Selepas perbincangan mereka, terdapat revolusi di dunia dengan bertambahnya umat Islam di dunia kerana begitu banyak panganut-penganut agama lain memeluk Islam di seluruh dunia termasuk Perancis, Britain, New York, malah di ROM.
Allah s.w.t telah mengatakan bahawa tidak akan kiamat dunia ini selagi Rom tidak kembali berpegang kepada Islam. Ini merupakan petunjuk bahawa zaman kegemilangan Islam akan kembali di dunia ini.

Nagara-negara Islam sekarang berusaha menghasilkan pemimpin yang mirip dengan pemerintahan semasa zaman kegemilangan Islam dahulu bagi membangkitkan semula semangat Islam. Islam kini semakin membangkit dan sentiasa bangkit, tetapi harap-harap kita berada di kalangan yang membantu membawa Islam ke arah kegemilangan di dunia ini.

Rasulullah s.a.w bersabda bahawa zaman kegemilangan Islam bergerak seperti roda, hendaklah kita ikut pergerakan tersebut dan patuh pada agama Islam yang satu.

Hendaklah kita mengikut segala ajaran dan ketetapan yang telah digariskan oleh Allah s.w.t. Bangsa bukan pilihan kita, warna kulit bukan pilihan kita, tetapi ketaqwaan kita adalah pilihan kita sendiri. Janganlah kamu mengukur seseorang dengan bangsa, warna kulit, tetapi ukurlah dia dengan tahap ketaqwaan dia. Jika dia taqwa pada Allah s.w.t, baiklah dia, dan jika dia kufur pada Allah s.w.t, maka jahatlah dia.

Semua yang baik datang daripada Allah s.w.t dan yang tersalah,tersilap tu daripada kekurangan saya sendiri. Bukan untuk menaikkan RIAK dalam diri, sekadar PERINGATAN kepada semua.

kelahiran dan keistimewanya

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Okay, dah abes bace tu tekan la SHARE! hehe ^_^

sifatnya seorang dajjal

Dajal tidak disebut dalam al-Quran, tetapi pelbagai hadis Sunah menghuraikan sifat-sifat Dajal, seperti berikut (dimana lazimnya dipercayai oleh Muslim):

Dia (Dajal) adalah seorang pemuda yang rambutnya keriting, matanya menyembul keluar, menurut Rasulullah s.a.w. seperti Abdul Uzza bin Qathan. "Hendaknya diantara kamu bertemu dengannya,hendaklah membaca permulaan surat Al-Kahfi"(Sabda Rasulullah s.a.w). Sesungguhnya ia keluar dari jalan antara Syam dan Irak kemudian merusak kanan kirinya.

Dia akan fizikalnya berbentuk cacat, dan akan buta pada mata kirinya. Mata kanannya akan berkini tetapi ia akan jadi gelap (hitam). Dalam sebilangan hadith dia dirujuk sebagai satu-mata. Dia akan menunggang keldai putih dimana setiap langkah akan dibentang sebatu, akan makan api dan menghembus asap, terbang atas tanah dan menyeberang laut.

Dia akan menipu para imam, mengajar mereka bahawa Syurga ialah Neraka dan sebaliknya.

Huruf Arab kaf-fa-ra (kafara, bermaksud "kafir") akan muncul pada dahinya dan akan dibaca oleh Muslim sebenar samada mereka boleh baca ataupun tidak.

Dia boleh melihat dan mendengar pelbagai benda di banyak tempat pada masa yang sama.

Dia mempunyai kuasa untuk mengelirukan manusia.

Dia akan cuba meletakkan manusia pada takhta Tuhan.

Suatu hari pada musim kemarau, dia bakal menanya; adakah kau mahu api atau air? Jika anda memilih air itu bermakna yang anda minta adalah api, manakala jika anda minta api yang diberikan ialah air.

Dia akan mendakwa diri sebagai Tuhan dan akan menipu manusia dalam berfikir yakni dia telah bangun dari kematian. Salah satu orang khusus akan dia bunuh dan kemudian dia akan kini menghidupkan dia, sesudah itu Allah akan menghidupkan dia. Dia takkan mempunyai kuasa ini lagi. Pada sumber lain (menurut kepada siri Akhirat oleh Anwar al-Awlaki), seorang lelaki beriman akan datang dari Madinah terus ke Dajal, berdiri pada atas Uhud, dan dengan beraninya mendakwa Dajal adalah Dajal. Dajal kemudian akan menyoalnya: "Adakah anda akan percayakan saya (yakni sayalah tuhan) jika saya bunuh anda dan kemudian menghidupkan anda?". Dajal akan melakukan sedemikian dan selepas penghidupannya lelaki beriman akan berkata bahawa dia semakin tidak percayakan kepada ketuhanan Dajal.


Sesiapa yang menolak dan enggan percaya dengannya akan menderita kemarau dan kebuluran manakala sesiapa yang menerimanya akan hidup dalam kehidupan senang.

Sesetengah tradisi Islam mengaitkan yakni dia akan muncul pada Isfahan, dan dia akan membawa Yahudi Isfahan dan ramai bekas Muslim dan bekas Kristian menyokongnya.

Dia tidak berupaya memasuki Makkah atau Madinah.

Imam Mahdi akan menentangnya dengan nama Islam.

Dia akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. dekat pagar Ludd, di mana Israel terdapat kini.

jambatan halus merentasi neraka

"Apa itu TITIAN SIRAT ????!"

As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam; untuk manusia menyeberanginya menuju ke Syurga.

Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka Jahannam); (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. (Maryam : 71)

Dalil: Tidak akan menyeberangi titian Sirat melainkan orang Mukmin.

Dari Abi Said Al-Khudriy r.a dari Nabi s.a.w : “…Maka orang mukmin akan melaluinya seperti kerdipan mata; (ada yang) seperti kilat dan taufan, seperti burung, seperti kuda dan tunggangan yang terbaik; maka yang berjaya selamat sampai, yang tersiat dihantar, yang terkait berada dalam neraka…” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim

Dari hadith Abi Hurairah dan Huzaifah r.a : “…berjalan bersama mereka amalan mereka dan nabi kamu berada di atas titian sirat dalam keadaan berkata: “Ya Tuhan, selamatkan! Selamatkan!”, sehingga lemahnya amalan hamba-hamba dan sehingga datang seorang lelaki yang tidak mampu berjalan melainkan merangkak” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim

Dari Abi Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “…dibentangkan titian Sirat di antara Neraka Jahannam, maka akulah dan ummatku yang pertama menyeberanginya. Tidak berkata-kata pada ketika itu kecuali para rasul dan doa mereka ialah : “Ya Allah, selamatkan, selamatkan!” Riwayat Bukhari

|Fudhal bin iyadh brkata prjalanan di sirat memakn masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik,5000 tahun mndatar dn 5000 tahun manaik,ada makhluk yg melitasinya sprt kilat,sprti ANGIN, menunggang binatang korban dn brjaln kaki. ade yg tdk dpt memelpsinya dsebabkn api nrka sntiase mnrik kaki mrka, lalu mrka JATUH ke dlmnya|

Orang pertama melalui sirat ialah Nabi Muhammad SAW yang mengepalai umat lain.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dan direntangkan sirat di antara dua jurang neraka jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.”

Tahap kelajuan seseorang mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, kian laju menuju titian itu. Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.
semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

Diantara tips untuk melepasi Titian Sirat Mustaqim

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”
Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, Selamatkan, Selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini,

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.”

(Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil berpegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~Banyakkan bersedekah
~Melazimkan diri hadir ke masjid

Beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat:

1. Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.
Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

Thursday, March 29, 2012

salahkah abah dalam membesarkan kamu...

abah tunggu disini sekejap ye.

menguntum senyuman pak man sambil menghulurkan tangan ke arah anaknya untuk bersalam.

kamu jangan lama sangat tau amri.

insyaallah abah, sekejap lagi amri datang ambil abah, abah tunggu je kat sini. ala, bukanya lama sangat. amri cuma nak pergi bayar bil elektrik je. abah tunggu kat sini, nanti azan zuhur, abah sembahyang la kat sini bersama iman dan makmum yang lain. manela tahu kalau amri datang lambat sikit. abah tak ape-ape ke amri tinggalkan sorang-sorang kat sini?

insyallah, abah mampu lagi bergerak walaupun keadaan abah macam nie.

selamat tinggal abah, maafkan amri kalau ada salah silap amri sebelum nie kat abah, halalkan makan dan minum amri sepanjang hidup amri.

ish, kamu nie, cakap macam orang dah nak mati. pergi jelah bayar bil tu, nati kena potong baru tahu.

sekuntum senyuman terukir di wajah amri melihat abahnya melambai sambi toyota viosnya berlalu pergi meninggalkan perkarangan masjid al-iman itu.

pak man terpaksa mengheret seluruh tubuhnya masuk ke dalam masjid memandangan anugerah kedua-dua belah kakinya diambil oleh tuhan sewaktu kemalangan yang meragut nyawa isterinya 2 tahun lalu sewaktu pulang dari rumah anak tunggalnya amri.

kini dia tetap redha dengan dugaaan yang dihamparkan oleh tuhan terhadapnya walaupun dia mengalamai waktu2 yang sukar ketika kehilangan isterinya yang tercinta.

mak munah, merupakan seoran janda anak satu yang sangat cantik. dia sering mendapat gelaran ratu kebaya pada usia mudanya walaupun dia sudahpun mempunyai seorang anak yang berusia 2 tahun iaitu amri. walaubagaimanapun, kehidupannya menjadi sukar apabila suaminya meninggal akibat sakit jantung. dia terpaksa membesarkan amri seorang diri dengan berbekalkan kecekalan dan ketabahan. apa yang mampu dilakukan oleh mak munah adalah menjual nasi lemak yang menjadi warisan turun-temurun arwah ibunya.

hasil darpiada jualan nasi lemaknya itulah yang membesarkan amri menjadi seorang kanak-kanak yang sangat riang.

ketika amri berusia empat tahun, mak munah mengalami kesukaran untuk memasarkan nasi lemaknya memandangkan warung wak seman terpaksa dirobohkan untuk pembangunan jambatan yang menghubungkan dua buah bandar di kawasan kejiranan rumah sewa milik mak munah. disitula tempat mak munah meletakkan nasi lemaknya untuk dijual sebagai sarapan kepada pengunjung warung wak seman.

namun sudah dijodohkan oleh tuhan yang maha esa dan maha adil untuk mereka bertemu. akhirnya mak munah bertemu dengan pak man di sebuah stesen bas yang menjadi tempat pertemuan mereka buat pertama kalinya.

pak man pula merupakan seorang usahawan getah yang sangat berjaya. beliau memiliki sebuah kehidupan yang amat selesa. boleh dikatakan dia mempunyai ladang getah yang sangat luas yang mampu menanggung kehidupannya sepanjang hayat.

maka terjalinlah hubungan cinta antara mk munah, si janda anak satu dan pak man, si bujang lapuk yang sangat kaya.

aku terima nikahnya mazmunah binti saari dengan mas kawin tujuh puluh ringgit tunai.

ucapan dan ungkapan yang telah mengubah kehidupan amri dan ibunya buat selama-lamanya.

bermula dari detik itu, kehidupan amri berubah secara total. dia dilimpahkan dengan penuh kasih sayang dan kemewahan dari orang tuanya. apa sahaja yang dimahukan olehnya bakal menjadi kenyataan.

walaubagaimanapun, perkhawinan antara mak munah dam pak man tidak mendatangkan cahaya mata baharu bagi keluarga itu kerana pak man mengalami masalh peribadi. oleh itu segala kemeahan hanya mapu dicurahkan kepada amri.

alhamdulillah amri merupakan seorang anak yang taat kepada orang tuanya. kemewahan tidak pernah melalaikannya daripada melakukan tanggungjawabnya sebagai seorang anak, pelajar, dan sebagai seorang umat islam.

pak man merupakan seorang bekas pelajar pondok yang amat disegani. segala pengetahuan yang ada pada dirinya semuanya diperturunkan kepada amri.

amri bukanlah jenis anak yang suka bermewah-mewah tetapi dia seorang yang manja dengan ibu bapanya.

oleh itu dia tidak mampu menahan sebarang kegagalan di dalam hidupnya.

amri jga merupakan seorang pelajar yang pintar. dia sering medapat tempat pertama dalam ujian kelas.

walaubagaimanapun, dia pernah mendapat tempat kedua dengan dikalahkan oleh seorang budak perempuan yang baru berpindah ke sekolahnya.

hal ini memnyebabkan amri mengalami kemurungan. dia tidak pergi ke sekolah selam da minggu. pak man dan mak munahah yang memujuk amri untuk tidak berputus asa.

hari berlalu pantas. amri sudahpun bergelar seorang doktor dan dia dijodohkan dengan seorang wanita yang juga seorang doktor bernama masliza.

masliza seorang yang cerewet dan suka mengarah. namun, kasih sayang amri terhadapnya tak pernah luntur setiap hari.

masliza adalah anak seorang datuk. dia dibesarkan dengan segala kemewahan dan sering terlupa akan agama.

alhamdulillah amrilah yang menjadi penyuluh hatinya.

namun, sikat masliza yang sangat cerewet itu tidak mapu dihakis oleh amri. dia sangat tegas dalanm hal-hal kebersihan dan rumah tangga.

oleh kerana anak dan menantu pak man dsan mak munah orang yang berkerjaya, masa mereka banyak dihabiskan di tempat keja. anak-anak mereka pula dijaga oleh pengasuh yang juga seorang pembantu rumah.

pada hujng minggu, pak man dan mak munah yang terpaksa ku rumah amri untuk menziarah mereka dan cucu mereka.

sewaktu bulan mac 2010, berlaku tragedi di mana pak man dan mak munah telibat dalam kemalangan sewaktu pulan menziarah amri dan keluarga.

seaktu itulah mak munah meninggal dunia kerana pak kereta pak man dirempuh treler.
kaki pak man tersepit antara sereng kereta dengan tempat duduk pemandu. ole kerana kecederaan yang teruk. pihak hospital terpaksa memotong kedua-dua belah kaki pak man.

dari situlah brmula sejarah hitam dalam hidup pak man.

kesukaranyan untuk berjalan mengakibatkan menantunya, masliza berasa tidak selesa dengan kehadiran pak man dalam keluarga mereka.

makan minum pak man terpaksa diuruska oleh orang lain memandanakan pak man tidak mapu bergerak dengan bebas.

kehilangan yang dialami oleh pak man terhadap isteri tercintanya memnyebabkan pak man mengalami kemurungan yang amat dasyat.

secara perlahan dia bangkit mendiri untuk meneruskan kehidupan sebagai soerang manusia kurang upaya.

masliza sepertinya tidak menyukai kehadiran bapak mertuanya di dalam rumah. pak man sering menakutkan anak-anak masliza.

oleh kerana kekurangan pak man, masliza sering mengadu kepada amri tentang keadaan pak man yang amat menyusahkan baginya sehinggakan pak man menyadari keadaan tersebut.

amri sangat menyayangi pak man tetapi cintanya kepada masliza melebihi segala-galanya. amri dibutakan dengan dunianya bersama isterinya sehinggakan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang anak.

lama-kelamaan, amri sendiri terhasut untuk turut menbenci keadaan anyanya yang serba kekurangan.

segala harta yang dimiliki oleh pak man telah diperturunkan kepada amri.

tinggallah pak man yang berlindung disebalik senyuman ikhlas yang dibuat-buat. dalam hatinya tidak pernah berhenti berdoa untuk kebahagiaan anak menantunya.

seharian kehidupan ak man dienuhi dengan ibadat kepada allah swt. wajahnya tidak pernah keruh dan kering daripada wuduk. sejadanya semakin lama semaki hancur dek solat yang tidak pernah rehat. matanya semakin lebam, dek sujunya kepada yang maha encipta sepanjang malam. jubah labuhnya sentiasa menemani kehidupan sehariannya. mulutna sentiasa dibasahi dengan bacaan dan zikir kepujian terhadap yang esa dan rasulnya.

bang, pintu bilik ditutup, makanan diletakkan d penjuru meja dekat dengan pak man. masliza telah menghantarkan pak man makan tengah harinya.

dek kerana kesukaran pak man untuk bergerak, masliza terpaksa berhenti kerja sebagai seorang doktor dan merawat bapa mertuanya secara peribadi di rumah. jelas sekali masliza tidak menyukai keja barunya selama dua tahun itu.

pak man sering menangis sendiria memikirkan perangai menantunya yang sanagt garang terhadap dirinya.

allahhuakhbarullahuakhbar.

suara azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat fardu zuhur.

maka mengensotla pak man perlahan-lahan menuju ke tempat wuduk dengan segala kesukaran dan ketabahan.

2 rakkat solat rawatib dimulakan.

sujudnya seorang hamba alllah menyembah bumi menandakan kesetiannya kepada agama tidak kira usia dan kesukaran.

seusai solat zuhur, pak man mengensot ke bahagian pintu untuk menunggu kehadian anaknya amri.

sekian lama dia menunggu, namun kelibat amri masih belum diketemui.

waktu berlalu..

asar..

maghrib.

dan isyak.

amri masih belum kelihatan.


bilal masjid, azman yang menyedari keberadaan orang tua itu menghapirinya untuk bertanya khabar...

assalamualaikum pakcik.

walaikumsalam, salam dijawab sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.

saya perasan pakcik orang baru disini.

ya, pak cik menunggu anak pakcik amri.

astaghfirullahhalazim, sudah lewat ni pakcik. apa kata saya bawa pakcik balik ke rumah say terlebih dahulu. pasal anak pakcik tu biar saya talifon dan pergi sendiri ke rumahnya esok.

tanpa sempat menolah pelawaan lelaki itu, badan pak man terus diangkat dan dimasukkan kedalam kereta proton wira milik lelaki tadi.

sememangnya pak man tidak mahu menyusahkan orang lain disekelilingnya, tapi apakan daya azman berdegil.

isteri azman, raudah merupakan seorang isteri yang solehah. dia tidak keberatan untuk menerima pak man yang serba kekurangan itu ke tangga rumahnya.

malah, dia amat bersyukur kerana diberi peluang untuk membuat pahala terhadap oarng tua itu.

semalaman pak man tidak dapat melelakan matanya.

perasaan yang amat perit dirasakan di dalm hatinya. sungguh dia tidak menyangka bahawa anaknya sanggup bersikap sedemikian rupa terhadapnya.

zaman kanak-kanak azman kembali menyusun di benak fikiranya. seorang kanak-kanak yang bercita-cita tinggi. sangup berkorban untuk mencapai cita-citanya sehingga ke menara gading, tetapi cubaan yang sedikit memebebankannya telah meneyebabkan dia meninggalkan orang tuanya.

semalaman pak man ditemani air mata. sebelum ini dia pernah mendengar menantunya masliza berbincang dengan amri menempatkan pak man ke rumah jagaan orang-orang tua, tetapi amri menolaknya untuk menjaga nama baiknya sebagai seorang doktor.

tetapi tergamak amri meninggalkanya di masjid tanpa menghiraukan keperluan bapanya.

pak man bersujud kepada allah swt supaya diampunkan dosa anaknya itu.

fajar menyising dan membangitkan udara segar di kawasan bukit tempat kediaman azman.

suara takhbir azan subuh berkumandang.

raudah mengetuk pintu bilik pak man untuk mengejutkanya untuk solat subuh.

badan pak man sudah pun berada di atas sejadahnya bersujud untuk bersolat.

keadaan itu menyebabkan raudah meninggalkan pak man di dalm biliknya untuk menyelesaikan solat subuhnya sebelum brsarapan.

selepas sejam kemudian, raudah kembali ke dalam bilik itu untuk menghantar makanan ke bilik pak man tetapi pak man masih lagi berada dalam posisi sujud dari tadi.

raudah berasa hairan dan cuba untuk menentuh tubuh pak man untuk mengetahui sama ada paka man sedang tidur.

badan pak man terasa sangat sejuk. setelah dipalingkan wajahnya, pak man telahpun meninggal dunia.

air matanya terus mengalir membasahi muka mengenangkan nasib kehidupan dirinya.

mati sebagai satu pengajaran

Cukuplah mati sebagai peringatan.

Hidup di dunia sangat singkat.

Ramai yang tidak sempat buat ibadah, derma, wakaf, korban, haji dan lain-lain kebaikan.

Jika kita baligh umur 15 tahun dan mati ketika 25 tahun, kita hanya ada 10 tahun beribadah.

Amat singkat berbanding umat Nabi Nuh, Ibrahim dan Musa a.s. yang sempat beribadah ratusan tahun.

Layakkah kita mendapat keampunan Allah dan nikmat syurga?

Satu dosa yang Nabi Adam a.s. lakukan, baginda menangis 40 tahun.

Sebenarnya apabila kita mati, kita akan risau tentang amalan dan masa depan akhirat. Apa yang akan dijawab kepada Malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur. Apa yang akan dijawab tentang peruntukan masa 10 tahun yg diberikan hidup di dunia. Adakah tidak cukup?

Berlainan dengan apa yang berlaku kepada ahli keluarga dan waris kita. Mereka akan sibuk menguruskan mayat kita, mandi - kafan - solat - kebumikan, bimbang keadaan anak kita, harta yg perlu dibahagi-bahagikan, takaful yang perlu dituntut, kereta yang perlu diselesaikan pinjamannya.

Apabila kita mati, kita takkan sibuk memikirkan tentang perkara tersebut sebab urusan itu telah jatuh ketangan waris kita. Andaian kita hendaklah dibetulkan. Jgn jadi seperti orang tua-tua yang sibuk pikir "Kalau aku mati siapalah yg akan tinggal di rumah aku ni, tak sempat aku nak lihat anak dara aku kahwin, tak sempat aku timang cucu dan lain2".

Tidak ada penyesalan di hati tentang amalan yg masih sedikit, hati yang masih kotor, dosa yang menggunung dan masih belum diampunkan. Seeloknya ketika sihat hendaklah kita banyak takut Allah (dengan menangis) daripada banyak harap (harap masuk syurga tanpa ibadah).

Wallahu A'lam.

Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

adakah lelaki harus dipersalahkan ?

Ada seorang lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ini sangat cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan bertudung, tapi sayang baju dia ketat.

Walaupun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.

Si lelaki ini, masa mula-mula dia duduk di sebelah perempuan tu dia masih dapat ‘control’ lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala.

Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.

Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. “Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok ‘real’ kan?”

Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas. Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas.

Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.

“Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!” Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya.

Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?

Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah? Okey, yang itu jawab sendiri. Now, aku nak korang bayangkan situasi ni pulak.

Ada seorang lelaki, di sebelah dia ada seorang perempuan yang bertudung agak besar dan seorang lagi perempuan bertudung tetapi masih nampak dadanya. Kedua-dua perempuan tersebut sangat cantik. Adalah menjadi fitrah seorang lelaki memuji perempuan yang cantik wajahnya.

Tetapi apabila lelaki itu terlihat bentuk buah dada milik perempuan yang bertudung tapi masih nampak dada tu, nafsunya naik dengan mendadak. You see the difference? This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu.

Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri.

Aku sendiri kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya.

Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”

etapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.

Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN TUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka..

Atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak.

Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.

Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri.

Adakah korang sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan.

Wednesday, March 28, 2012

bila maut sudah menjelama

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat seharian bekerja sebagai seorang setiausaha sebuah syarikat harta tanah terkemuka di negeri Kelantan.

Sememangnya aku amat menyukai kerjaku disana, walaubagaimanapun, hidupku diselubungi dengan dosa. Berhadapan dengan rasuah dan maksiat.

Sebagai manusia biasa, aku sememangnya menyedari tentang kepentingan wang dalam kehidupan seorang manusia di dunia yang sedang mengalami kemodenan yang merelakan manusia untuk melakuka kejahilan demi semata-mata kerana wang ringgit.

Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat seperti selalu. Sementara anak2 dan isteri sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin yang menghembus tepat di muka ku. mendingini setiap kedut di wajahku.

Aku teringat kembali kejadian bulan lepas yang menjadi salah satu daripada titik tolak kejayaan yang aku kecapi dan nikmati pada hari ini.

Aku telah menerima sebuah tender harta tanah untuk diusahakan oleh seorang ahli koprat yang terkemuka di Malaysia. Walaubagaimanapun, agak sukar untuk aku meluluskan projek itu kerana ia membabitkan tanah yang menempatkan tapak masjid dan sebuah rumah kebajikan kecil anak-anak yatim negeri. Memandangkan aku berhadapan dengan klien yang bergelar jutawan, beliau sanggup menghulurkan seberapa banyak wang sogokan supaya aku menandatangani surat kelulusan projek pembinaan wisma syarikat beliau di atas tanah masjid itu.

Sememangnya aku seorang yang lalai dalam kehidupanku sebagai umat islam. Tiada siapa harus aku persalahkan melainkan diriku sendiri.

Walaupun aku dibesarkan di dalam sebuah keluarga Islam yang sempurna, tetapi kehidupan dunia telah menuntnku ke arah duniawi yang lebih membahagiakan.

Aku menerima sogokan bernilai tiga puluh ribu ringgit daripada usahawan tadi kerana bagiku kebahagian rumah tanggaku bergantung kepada pendapatanku sebagai seorang suami dan bapa kepada 2 orang anakku.

Itu bukanlah kali pertama aku melakukan hal yang demikian. sebelum ini aku pernah menerima sogoka dariada seorang menteri untuk meluluskan projek pembinaan jambatan di sebuah kawasan kejiranan masyarakat cina.

Namun, aku langsung tidak pernah sesekali menyesal dengan setiap perbuatanku. bagiku aku berhak dibayar lebih daripada gajiku sekarang memandangkan aku seorang yang setiap kepada syarikat.

setelah mendapatkan wang tersebut, aku terus berjoli. menggunakan wang tersebut sebaik-baiknya ke arah maksiat. arak dan judi bukan lagi larangan bagiku. peracuran dan persundalan merupakan kebahagian nafsuku.

kebijaksanaan aku dalam mengatur strategi menyebakan belangku sentiasa tersembunyi oleh isteri, bos malah pihak berkuasa.

Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mataku.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu.

Sebelum sempat bertanya. siapa dia, tiba2 aku merasa dada ku sesak, kebah dan sukar untuk bernafas.

Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.

Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku.. terus berjalan.. ke kerongkongku…

sakitnya perasanku pada masa itu tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. ianya lebih perit daripada kesakitan yang dirasakan oleh manusia tatkala kulit mereka disiat hidup-hidup.

Keluar air mataku menahan rasa sakitnya…

Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku..

sejenak aku teringat akan tuhanku. Sudah terlupa bagi diriku apakah ucapan, bacaan dan doa bagi orang yang berada dalam kesusahan.

Aku berteriak memanggil isteri dan anak-anakku, tetapi suaraku tidak terasa sepeti keluar dengan sempurana dari kerongkongku. Tersekat dan tersedu, ibarat dicurahkan api yang marak menyala seperti yang digunakan untuk medidihkan besi.

Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku… kkhh… khhhh.. kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit. Seolah tak mampu aku menahannya…

Badanku gementar… peluh keringat meluncur deras. Mataku terbelalak. Air mataku seolah tak berhenti dan membasahkan seluruh mukaku. Tangan dan kakiku kejang-kejang sedetik setelah benda itu meninggalkan aku.

Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu, pergi, berlalu begitu saja. Hilang dari pandangan.

Namun setelah itu… aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah… tidak seperti biasanya.

Aku heran…

isteri dan anak-anakku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku..

Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi.

Badannya dingin dan kulitnya membiru.

Siapa dia ?

Mengapa anak-anak dan isteriku memeluknya sambil menangis.

Mereka menjerit histeria terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi.

Siapa dia ?

Sedikitpun hatiku tidak menyadari apakah sebenarnya yang sedang berlaku. Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan.

Dia… dia… dia mirip dengan aku….

ada apa ini Tuhan???

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu…..

Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya.

Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak….. tapi mereka seolah tak mendengarkan aku.

Seolah mereka tak melihatku…

Dan mereka terus-menerus menangis….

aku sedar..

aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku.

Aku telah mati… aku telah mati.

astaghfirullah halazim...

terhenbur kata-kata suci daripada mulut kotorku yang sudah lama lupakan tuhan.

Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis… berteriak… Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. belum pernah kuajari anak elakiku cara sembahyang dan anak perempuanku cara berwuduk. aku sendiri mngkin telah lupa bagaiman untuk sembahyang.

Tapi waktuku telah habis…

masaku telah terlewat…

aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.

Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya.

Aku mati dalam keadaan belum solat.

Oh Tuhan, JIKA Kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca bicara hati ini sungguh aku amat sangat bahagia.

Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.